Canva Poster Raya Cina

15 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan platform canva iaitu membuat Poster Raya Cina. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran peserta. Canva merupakan platform yang dapat memudahkan sesuatu kerja seperti membuat poster, slide, video, facebook post dan sebagainya.

Hal ini demikian kerana canva mempunyai banyak pilihan template yang sudah sedia ada serta dapat menjimatkan masa seseorang. Seterusnya, canva juga mempunyai banyak pilihan font, warna, designs, text dan lain-lain. Dengan adanya platform canva tersebut, peserta dapat menghasilkan poster sempena Hari Raya Cina dengan cantik dan menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali